pengenalan
Majalah sekolah menjadi alat yang dapat menghubungkan sekolah dengan masyarakat. Justeru, majalah sekolah menjadi cerminan bagi imej sekolah. Segala yang terkandung di dalamnya serta kualiti penerbitannya akan menjadi ukuran terhadap kualiti keseluruhan yang mahu ditampilkan oleh sekolah. Di samping itu, penerbitan majalah sekolah harus diuruskan dengan melibatkan semua pihak (guru, pengurusan, PIBG, guru-guru, Jabatan Pendidikan, pencetak, pengiklan) dan harus memberikan manfaat kepada guru-guru dan pelajar.
Amalan yang lazim di mana sekolah mengupahkan penerbitan majalahnya kepada pihak swasta dan tidak melibatkan para pelajar perlu dihentikan. Hal ini kerana penerbitan majalah sekolah harus menjadi peluang kepada guru-guru dan pelajar untuk melibatkan diri dari peringkat penulisan hinggalah pengedaran. Atas kesedaran untuk membekalkan ilmu kepada guru-guru tentang penghasilan majalah sekolah inilah, MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY akan menganjurkan KURSUS MENGURUSKAN PENERBITAN MAJALAH SEKOLAH.
objektif
- Untuk memberi bimbingan kepada peserta tentang konsep, proses dan rangka kerja yang sebenar dalam penerbitan majalah sekolah.
- Untuk memandu peserta dalam penerbitan majalah sekolah yang melibatkan penulisan laporan, penyuntingan bahan, eksploitasi bahan bukan teks, perekaan halaman, percetakan, pengiklanan, dan seterusnya pengedaran.
- Untuk memberikan pilihan akan cara penerbitan majalah sekolah yang mudah menerusi teknologi yang ada.

sasaran peserta
- Guru-guru yang ditugaskan untuk menguruskan penerbitan majalah sekolah
- Pegawai pendidikan
- Orang ramai yang berminat
bayaran
Yuran untuk menyertai bengkel ini ialah RM1,100 (tanpa penginapan); RM1,500 (penginapan twin sharing; RM2,000 (penginapan single). Bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh bengkel.
hubungi
Segala bayaran atau pertanyaan hendaklah diajukan kepada:
MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
4A, Tkt 1, Jalan 7/1C, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 03-89259085/013-3451700 Faks: 03-829202351
e-mel: mediumbooks@yahoo.com
laman web: www.mediumbooks.net