MEDIUM CONSULTANCY IN WRITING + PUBLISHING + RESEARCH + MEDIA
KURSUS AKAN DATANG
MENULIS DAN MENERBITKAN BULETIN 6-9 Okt 2010 Petaling Jaya Brosur
PENULISAN ORGANISASI BERKESAN 19-20 Okt 2010 Subang Jaya Brosur
BENGKEL SELF-PUBLISHING/TERBIT SENDIRI 9-11 Nov 2010 Petaling Jaya Brosur
KURSUS BUAT DUIT DENGAN MENULIS 22-24 Nov 2010 Petaling Jaya Brosur
MENULIS BIOGRAFI & AUTOBIOGRAFI 6-8 Dis 2010 Kuching Brosur
MENULIS DAN MENERBITKAN BUKU ILMIAH 20-23 Dis 2010 Langkawi Brosur
MEMAHAMI CHICAGO MANUAL 21-24 Dis 2010 Langkawi Brosur
MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
NO. 4A, TINGKAT 1, JALAN 7/1C
SEKSYEN 7
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR 43650
ph: 03-89259085
fax: 03-89202351
alt: 013-3451700
mediumbo

AWAS! CHICAGO MANUAL edisi baharu ke-16 sudah terbit pada Ogos 2010. Jadilah orang Malaysia terawal yang memahaminya dengan mengikuti bengkel ini.
Chicago Manual of Style (CMS) merupakan gaya penerbitan yang paling luas digunakan dalam dunia penerbitan, khususnya penerbitan ilmiah. Sejak diterbitkan kali pertama pada 1906, gaya penerbitan Universiti Chicago telah mengalami perubahan edisi sebanyak 16 kali (kali terakhir pada Ogos 2010) dan telah diterjemahkan ke lebih 30 buah bahasa utama dunia.
Chicago Manual menyediakan panduan yang amat bernilai kepada para editor atau pegawai penerbitan untuk membantu mereka dalam penyuntingan dan pembuatan buku. Dengan memahami dan mematuhi atau menyesuaikan panduan yang diberikan dalam manual itu dalam pembuatan buku, editor dapat mencapai 4C yang dituntut dalam penyuntingan naskhah, iaitu Clarity (Kejelasan), Coherency (Ketautan), Correctness (Ketepatan), dan Consistency (Ketekalan).
Meskipun kebanyakan editor memiliki naskhah Chicago Manual, namun tidak ramai daripada mereka berkesempatan untuk meneliti dan memahami kandungannya. Kebanyakan editor hanya merujuk bahagian tertentu dalam manual itu jika berhadapan dengan masalah, dan tidak ada masa untuk membaca dan memahaminya, sedangkan terlalu banyak masalah yang dapat diselesaikan dalam penerbitan dan penyuntingan jika kita memahami kandungannya.
Atas kesedaran untuk membantu editor memahami manual yang menjadi kitab utama dalam penyuntingan dan penerbitan inilah, Medium Books & Consultancy menganjurkan Bengkel Memahami Chicago Manual.
Kursus akan dimulakan pada 21 Disember 2010 mulai jam 1500 untuk sesi taklimat dan suai kenal. Kursus berakhir pada jam 1230, 24 Disember 2010.
Kelas harian dalam bentuk kuliah dan bengkel akan bermula pada jam 0830 dan berakhir pada jam 2230. Selain ceramah, sesi malam akan diisi dengan perbincangan dan penyediaan projek serta pembentangan para peserta ke arah memahami Chicago Manual sebagai kitab utama dalam penerbitan ilmiah. Dengan demikian semua peserta digalakkan untuk tinggal di Hotel sepanjang tempoh kursus.
Penganjur akan menyediakan bilik hotel mengikut permintaan peserta dan akan menyediakan sarapan, makan tengah hari, makan malam, dan tiga kali minuman ringan setiap hari sepanjang tempoh bengkel.
Peserta yang menarik diri dalam tempoh kurang seminggu dari tarikh kursus akan dikenakan bayaran 50% daripada kos keseluruhan.
Bayaran hendaklah dibuat atas nama MEDIUM BOOK & CONSULTANCY, Akaun Bank Islam 120290 100536 49.

Penyertaan boleh dibuat dengan mengisi borang yang dilampirkan dan menghantarkannya kepada
Urus Setia
MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
4A, Tkt 1, Jalan 7/1C, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 013-345 1700/03-8925 9085 Faks: 03-8920 2351
E-mel : mediumbooks@yahoo.com
Laman Web: www.mediumbooks.net
PROF. MADYA DR HAMEDI MOHD ADNAN—pensyarah penerbitan dan pembimbing bengkel penulisan, penyuntingan, dan penerbitan yang tidak asing di negara ini. Beliau yang kini mengajar bidang penulisan dan penerbitan di Universiti Malaya telah menghasilkan 12 buah buku dalam bidang itu dan telah menyunting atau mengurusterbitkan lebih 150 buku ilmiah sewaktu menjadi Ketua, Penerbit Universiti Malaya.
Beliau juga pernah mendapat latihan dalam penerbitan di California dan Jakarta. Sebagai penyelaras program Sarjana Pengajian Penerbitan di Universiti Malaya, setiap tahun beliau membimbing para pelajar ke arah memahami kandungan Chicago Manual of Style. Beliau telah menghasilkan buku Memahami Penerbitan Buku dan Memahami Penyuntingan Naskhah.
HARI 1
HARI 2
HARI 3
HARI 4
Gaya Dewan (Edisi 3) akan dibekalkan kepada peserta secara percuma

MEDIUM
Books & Consultancy
TRAINING IN WRITING+PUBLISHING+RESEARCH+MEDIA
MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
NO. 4A, TINGKAT 1, JALAN 7/1C
SEKSYEN 7
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR 43650
ph: 03-89259085
fax: 03-89202351
alt: 013-3451700
mediumbo