pengenalan
Editor memainkan peranan yang amat penting dalam penerbitan. Peranannya sebagai penghubung di antara pengarang dengan pembaca menjadikan editor menjadi gatekeeper, yang bukan sahaja menentukan apa-apa yang boleh atau tidak boleh disampaikan, tetapi juga menentukan cara penyampaiannya. Atas sifatnya sebagai perantara di antara, pengarang-pembaca, editor harus berkemampuan untuk membantu pengarang dalam menyampaikan ideanya dengan berkesan. Atas kesedaran betapa pentingnya peranan editor dalam penerbitan, Medium Books & Consultancy menganjurkan Kursus Memahami Penyuntingan.
objektif
· Untuk membekalkan editor dengan idea dan pemikiran baharu yang berguna dalam pemantapan profesionalisme mereka.
· Untuk membiasakan editor dengan sekitaran industri dan teknologi yang berkait dengan profesionalisme mereka.
· Untuk membantu editor memahami tugas-tugas penerbitan yang lain seperti isu-isu perundangan, pengeluaran, percetakan, dan pemasaran.
· Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman editor tentang isu-isu semasa yang berlaku dalam sekitaran tugas mereka.
bidang perbincangan
HARI SATU
HARI DUA
Penguasaan bahasa dalam penyuntingan
Menguasai Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan
Kesalahan bahasa dalam penulisan
Penguasaan bahasa dalam penyuntingan
Memahami tugas-tugas editorial
Pemerolehan manuskrip
HARI TIGA
Memahami suntingan naskhah
Teknologi dan suntingan naskhah
Latihan penyuntingan naskhah
Penyuntingan bahan bukan teks
Penyuntingan elektronik
HARI EMPAT

Hamedi M Adnan Mus Chairil Samani
pembimbing
Profesor Madya Dr Mus Chairil Samani. Dr Mus Chairil merupakan pensyarah penerbitan, penulis buku yang prolifik, pereka bentuk editor, dan pembimbing bengkel yang tidak asing di negara ini. Antara buku yang pernah diterbitkannya ialah Penulisan Rencana Berkesan dan Perekaan Media Cetak.
Prof. Madya Dr Hamedi Mohd Adnan. Hamedi juga pensyarah penerbitan, pejuang dunia buku, editor lebih 100 buah judul buku, dan pembimbing bengkel penulisan dan penerbitan. Buku-bukunya tentang penerbitan diterbitkan oleh Penerbit UM, Utusan Publications, Prentice-Hall dan Medium Publications.
peserta
Editor, pegawai penerbitan, penulis, pensyarah, pembantu penerbitan, kakitangan kerajaan dan swasta yang terlibat dalam penyuntingan bahan untuk diterbitkan dan orang ramai yang berminat.
bayaran
Seorang peserta RM1,500 (tanpa penginapan); RM2,000 (dengan penginapan twin sharing); RM2,400 (penginapan single)
Bayaran akan meliputi kos penceramah, bahan edaran, makan minum, penginapan (bagi yang berkenaan), buku percuma, dan bahan-bahan lain yang diperlukan.
Semua peserta akan menerima buku MEMAHAMI PENYUNTINGAN NASKHAH secara percuma.
TARIKH TUTUP: 5 Julai 2010
TEMPAT TERHAD: 30 peserta sahaja
hubungi
Urus Setia
MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
4A, Tkt 1, Jalan 7/1C, Seksyen 7
43650 Bandar Baru Bangi. Selangor
Tel: 03-89259085/013-3451700 Faks: 03-89202351
E-mel: mediumbooks@yahoo.com
Web: www.mediumbooks.net
