PENGENALAN
Bahasa merupakan alat untuk menyampaikan mesej. Dalam penulisan dan penerbitan, kesalahan bahasa akan menyebabkan mesej tidak sampai kepada pembaca. Justeru, penulis, penyunting, dan penerbit perlu sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku dalam sistem bahasa.
Bahasa Melayu sentiasa dinamik mengikut perkembangan masyarakat yang menggunakannya. Apa-apa yang dirasakan betul sepuluh tahun yang lalu, hari ini mungkin tidak lagi. Apabila DBP menerbitkan Kamus Dewan Edisi Keempat, banyak perubahan dilakukan daripada edisi sebelumnya. Pengguna bahasa yang bertanggungjawab akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku dalam sistem bahasanya, apatah lagi jika ia sendiri terlibat secara aktif dalam bahasanya itu, sebagai penulis, guru, pensyarah, editor, penerbit, dan sebagainya.
Dengan kesedaran untuk mengayakan pemahaman terhadap sistem bahasa Melayu yang kita cintai, Medium Books & Consultancy menganjurkan KURSUS PENGUASAAN BAHASA MELAYU.
OBJEKTIF KURSUS
Untuk memberikan bimbingan tentang penggunaan sistem ejaan dalam bahasa Melayu, termasuk formula ejaan dan juga kekecualiannya.
Untuk membimbing peserta akan pemilihan kata yang persis dan tepat dalam penulisan dokumen rasmi kerajaan.
Untuk membincangkan pelbagai isu dalam kesalahan bahasa, yang berkait dengan ejaan dan pemilihan kata.
Untuk membimbing akan cara-cara meminimumkan kesalahan bahasa dalam penulisan dokumen rasmi.
OBJEKTIF KURSUS
YURAN KURSUS
RM750 kepada setiap peserta.
Bayaran itu adalah meliputi kos untuk penyertaan dalam seminar, tempat seminar, dan makan minum, serta bahan edaran yang akan diberikan kepada peserta.
Peserta yang menarik diri dalam tempoh kurang seminggu dari tarikh kursus akan dikenakan bayaran 50% daripada kos keseluruhan.
Bayaran hendaklah dibuat atas nama MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY, Akaun Bank Islam 1202 9010 0536 49.