MEDIUM CONSULTANCY IN WRITING + PUBLISHING + RESEARCH + MEDIA
KURSUS 2012
Memahami Penyuntingan (3-5 Apr 2012) Putrajaya BROSUR
Penulisan Organisasi Berkesan (4-5 Apr 2012) Putrajaya BROSUR
Memahami Penerbitan Buku (18-22 Jun 2012) Putrajaya BROSUR
Menulis Biografi & Autobiografi (20-21 Jun 2012) Putrajaya BROSUR
Memindahkan Tesis ke Buku (16-19 Jul 2012) Langkawi BROSUR
Writing & Publishing for International Journals (18-19 Jul 2012) Langkawi BROSUR
Senarai kursus yang kami tawarkan adalah seperti yang disenaraikan di bawah. Anda boleh menghubungi kami di talian 03-8925 9085 (Puan Rozana) atau 013-362 2010 (En. Sofi) untuk maklumat lanjut kursus kami dan juga sebut harga.
MUAT TURUN PROFIL MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
NO. 4A, TINGKAT 1, JALAN 7/1C
SEKSYEN 7
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR 43650
ph: 03-89259085
fax: 03-89202351
alt: 013-3622010
mediumbo













Chicago Manual of Style (CMS) merupakan gaya penerbitan yang paling luas digunakan dalam dunia penerbitan, khususnya penerbitan ilmiah. Sejak diterbitkan kali pertama pada 1906, gaya penerbitan Universiti Chicago telah mengalami perubahan edisi sebanyak 16 kali (kali terakhir pada Ogos 2010) dan telah diterjemahkan ke lebih 30 buah bahasa utama dunia.
Chicago Manual menyediakan panduan yang amat bernilai kepada para editor atau pegawai penerbitan untuk membantu mereka dalam penyuntingan dan pembuatan buku. Dengan memahami dan mematuhi atau menyesuaikan panduan yang diberikan dalam manual itu dalam pembuatan buku, editor dapat mencapai 4C yang dituntut dalam penyuntingan naskhah, iaitu Clarity (Kejelasan), Coherency (Ketautan), Correctness (Ketepatan), dan Consistency (Ketekalan).
Meskipun kebanyakan editor memiliki naskhah Chicago Manual, namun tidak ramai daripada mereka berkesempatan untuk meneliti dan memahami kandungannya. Kebanyakan editor hanya merujuk bahagian tertentu dalam manual itu jika berhadapan dengan masalah, dan tidak ada masa untuk membaca dan memahaminya, sedangkan terlalu banyak masalah yang dapat diselesaikan dalam penerbitan dan penyuntingan jika kita memahami kandungannya.
Atas kesedaran untuk membantu editor memahami manual yang menjadi kitab utama dalam penyuntingan dan penerbitan inilah, Medium Books & Consultancy menawarkan Bengkel Memahami Chicago Manual.
PROF. MADYA DR HAMEDI MOHD ADNAN—pensyarah penerbitan dan pembimbing bengkel penulisan, penyuntingan, dan penerbitan yang tidak asing di negara ini. Beliau yang kini mengajar bidang penulisan dan penerbitan di Universiti Malaya telah menghasilkan 12 buah buku dalam bidang itu dan telah menyunting atau mengurusterbitkan lebih 150 buku ilmiah sewaktu menjadi Ketua, Penerbit Universiti Malaya.
Beliau juga pernah mendapat latihan dalam penerbitan di California dan Jakarta. Sebagai penyelaras program Sarjana Pengajian Penerbitan di Universiti Malaya, setiap tahun beliau membimbing para pelajar ke arah memahami kandungan Chicago Manual of Style. Beliau telah menghasilkan buku Memahami Penerbitan Buku dan Memahami Penyuntingan Naskhah. Beliau kini merupakan Presiden Persatuan Editor Malaysia (PEM).
HARI 1
HARI 2
HARI 3
HARI 4
MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
4A, Tkt 1, Jalan 7/1C, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 013-362 2010/03-8925 9085 Faks: 03-8920 2351
E-mel : mediumbooks@yahoo.com
Laman Web: www.mediumbooks.net
MEDIUM
Books & Consultancy
TRAINING IN WRITING+PUBLISHING+RESEARCH+MEDIA
MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
NO. 4A, TINGKAT 1, JALAN 7/1C
SEKSYEN 7
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR 43650
ph: 03-89259085
fax: 03-89202351
alt: 013-3622010
mediumbo